Khamis, 25 November 2010

10 tips untuk dating

Apakah tips dating yang sesuai yang boleh menjayakan sessi dating anda?

1. Tepat pada waktu
Datang pada tepat waktu, seperi yang dijanjikan. Ini memberikan gambaran yang anda betul-betul bersungguh-sungguh dalam dating ini.
 2.  Bercerita mengenai keadaan sekarang
Jangan asyik bercerita mengenai hubungan anda yang lepas-lepas. Ini boleh memberi gambaran yang anda belum bersedia untuk hubungan yang baru.
3. Dengar
Jangan asyik anda sahaja yang bercakap. Ini boleh menyebabkan pasangan anda hilang minat dengan anda. Cuba mendengar apa pasangan anda katakan.
4. Tenang
Cuba bercakap dengan tenang, tidak tergopoh-gapah dan suara tidak terlampau kuat.
5. Perbualan yang kreatif
Kalau pasangan anda tidak banyak bercakap, cuba cari jalan untuk dia berbuat demikian. Contoh, mungkin cuba tanya berkenaan makanan kegemaran dia atau kenangan manis dia sewaktu kecil.
6. Bau badan dan wangian
Cuba bersihkan diri sebelum dating. Dan jangan memakai pewangi yang kuat atau memakainya dalam jumlah yang banyak. Bau pewangi anda mungkin tidak disukai oleh pasangan anda ataupun akan menyebabkan sidia tidak dapat memberi perhatian yang wajar dalam perbualan anda berdua.
7. Pakaian yang sesuai
Pakai pakaian yang tidak keterlaluan. Ini boleh menyebabkan sidia tidak dapat memberi perhatian yang wajar dalam perbualan anda berdua. Contoh pakai yang keterlaluan, pakaian yang memdedahkan dada (baik untuk laki atau perempuan) atau pakai pakaian yang selekeh.
8. Tempat
Cuba plan dating anda ditempat yang anda boleh bercakap dengan tenang. Cuba elakkan dating ditempat yang bising seperti di disko atau ditepi jalan yang sibuk.
9. Keselamatan
Aturkan dating anda ditempat yang selamat. Contohnya di restaurant yang tidak terpencil dan kalau ada dalam bahaya anda boleh pulang ke rumah dengan selamat.
10. Dating anda dan dia sahaja
Jangan bawa kawan atau adik atau orang lain bersama ke dating sessi anda. Sidia mahu mengenali diri anda, bukan orang lain.

0 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut