Sabtu, 27 November 2010

10 tips untuk mencari calon pasangan

Anda memerlukan pasangan. Tapi tidak tahu kenapa, orang lain semua berpasangan. And tiada yang kurang kalau bandingkan dengan teman-teman yang lain, tapi masih berseorangan.
Apakah tips yang boleh meninggikan keberangkalian untuk sidia sedar kewujudan anda dibumi ini.

1.  Sebarkan kepada kawan
Sebar-sebarkanlah kepada kawan anda yang anda mencari calon pasangan yang sesuai. Kalau diorang boleh rekomenkan kepada anda mana-mana kenalan yang sesuai untuk anda. Jangan lupa beritahu mereka 1-2 quality mesti ada dengan sidia yang sangat penting untuk anda.
2. Cuba internet dating
Kebaikan internet dating adalah, anda berpeluang mengetahui mengenai calon pasangan anda sebanyak yang mungkin tanpa berjumpa. Anda juga senang dan tidak terikat untuk menolak dari awal-awal lagi kalau anda berubah fikiran. Tetapi anda juga patut waspada, bila berjumpa dengan calon tu, berjumpalah di tempat yang selamat (tempat awam).
3.  Menerima diri anda dengan seadanya
Anda mesti gembira dan menerima dengan apa yang sedia ada dengan fisikal/tubuh badan anda yang tidak boleh diubah. Contohnya, kalau anda tidak tinggi ataupun tidak secantik yang anda ingin. Bila anda menerima diri anda yang seadanya, ini secara tidak langsung boleh menyebabkan anda memberi signal / mesej untuk sidia patut menerima anda dengan yang seadanya.
4. Berfikiran positif
Bila anda berfikiran positif, ianya akan menyebabkan anda dikelilingi dengan orang yang berfikiran positif. manusia memang akan memberi perhatian kepada orang yang bersikap positif.
5. Cuba perbaiki cara tampilan anda. 
Kalau anda sudah banyak menerima tolakkan dari calon-calon anda, cuba berjumpa dengan ahli pakar untuk menilai diri anda. Mungkin ahli pakar boleh memberi nasihat untuk anda memperbaiki diri anda. Contohnya, mungkin anda berpakaian tidak sesuai (contoh terlalu selekeh) atau anda bercakap dengan kuat dengan semua orang.
6. Luangkan masa untuk mencari calon pasangan
Anda tidak akan berjumpa dengan calon, kalau anda bekerja hampir 24 jam satu hari dan bila ada masa lapang hanya dihabiskan dengan rakan-rakan atau keluarga anda.
7. Perbaiki kadar kesihatan anda
Kalau anda rasa berat badan anda tidak sewajarnya, mungkin ada baiknya kalau anda boleh bersenam. Sertailah kelas-kelas kesihatan, contohnya, kelas aerobik, gym atau kelas pemakanan yang sihat. Bila anda sihat, anda ada lebih tenaga dan masa untuk calon anda.
8. Kriteria yang anda mahu
Pikirkan apakah qualiti yang anda mahu dari calon anda. Tuliskan diatas kertas. Anda patut tahu apa yang anda mahu. Dalam masa yang sama lapangkan juga skop anda.
Cuba berlebih kurang dengan apa yang anda cari. Besarkan target anda itu. Cuba fikirkan adakah ianya kemahuan itu keterlaluan, munasabah. logik, berasas atau terlampau kurang. Contoh, katakanlah anda lelaki 5'8" tapi anda hanya mencari perempuan 5'6" atau lebih tinggi.. Atau anda perempuan yang dah berumur 35 tahun dan hanya mahu mencari lelaki yang berumur antara 36-39 tahun. Cuba fleksibelkan kriteria anda.
9. Kriteria yang tidak boleh diterima
Ini sangat penting untuk mengelakkan komplikasi dan patah hati. Contoh, jangan terima calon yang menghisap dadah, berjudi, berhutang, menganiaya atau panas baran. Habit-habit ini adalah susah untuk dibuang. Kalau anda menerima orang-orang yang macam ini, habit ini akan menjadi masalah besar kepada anda dan juga anak-anak anda yang akan datang.
10. Berterus-terang
Kalau anda berjumpa atau berdating dengan calon anda, berterus teranglah dengan keadaan anda. Contohnya, kalau anda sudah ada 2 anak atau anda mahu anak. Ini untuk mengelakkan dari kesulitan di akan datang. Bagaimanapun, kalau anda melalui sejarah hitam (tersangat peribadi) seperti gangguan seksual, ini tidak lah sesuai untuk dibincangkan diawal perhubungan. Dalam masa yang sama, anda boleh bincangkan hal ini bila dah hubungan anda dah mula nak serius.
Khamis, 25 November 2010

10 tips untuk dating

Apakah tips dating yang sesuai yang boleh menjayakan sessi dating anda?

1. Tepat pada waktu
Datang pada tepat waktu, seperi yang dijanjikan. Ini memberikan gambaran yang anda betul-betul bersungguh-sungguh dalam dating ini.
 2.  Bercerita mengenai keadaan sekarang
Jangan asyik bercerita mengenai hubungan anda yang lepas-lepas. Ini boleh memberi gambaran yang anda belum bersedia untuk hubungan yang baru.
3. Dengar
Jangan asyik anda sahaja yang bercakap. Ini boleh menyebabkan pasangan anda hilang minat dengan anda. Cuba mendengar apa pasangan anda katakan.
4. Tenang
Cuba bercakap dengan tenang, tidak tergopoh-gapah dan suara tidak terlampau kuat.
5. Perbualan yang kreatif
Kalau pasangan anda tidak banyak bercakap, cuba cari jalan untuk dia berbuat demikian. Contoh, mungkin cuba tanya berkenaan makanan kegemaran dia atau kenangan manis dia sewaktu kecil.
6. Bau badan dan wangian
Cuba bersihkan diri sebelum dating. Dan jangan memakai pewangi yang kuat atau memakainya dalam jumlah yang banyak. Bau pewangi anda mungkin tidak disukai oleh pasangan anda ataupun akan menyebabkan sidia tidak dapat memberi perhatian yang wajar dalam perbualan anda berdua.
7. Pakaian yang sesuai
Pakai pakaian yang tidak keterlaluan. Ini boleh menyebabkan sidia tidak dapat memberi perhatian yang wajar dalam perbualan anda berdua. Contoh pakai yang keterlaluan, pakaian yang memdedahkan dada (baik untuk laki atau perempuan) atau pakai pakaian yang selekeh.
8. Tempat
Cuba plan dating anda ditempat yang anda boleh bercakap dengan tenang. Cuba elakkan dating ditempat yang bising seperti di disko atau ditepi jalan yang sibuk.
9. Keselamatan
Aturkan dating anda ditempat yang selamat. Contohnya di restaurant yang tidak terpencil dan kalau ada dalam bahaya anda boleh pulang ke rumah dengan selamat.
10. Dating anda dan dia sahaja
Jangan bawa kawan atau adik atau orang lain bersama ke dating sessi anda. Sidia mahu mengenali diri anda, bukan orang lain.
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut